Wednesday, January 7, 2009

AsAl UsuL MiNyAK AfiAT



untuk makluman seluruh rakyat di muka bumi Minyak afiat ini telah diasakan oleh Allahyarham Tn Hj Panjang Kamaruddin pada tahun 1924.Allahyarham walaupon lumpoh satu badan tetapi ketaatan beliau sebagai hamba Allah tetap menjalankan tanggungjawap sebagai seorang makhluk Allah.Nak dijadikan cerite Hj Panjang Kamaruddin telah mendapat petunjuk daripada Allah melalui mimpi.Di mana didalam mimpi tersebut meminta Hj Panjang Kamaruddin mencari beberapa jenis daun tumbuhan semulajadi (daun yang boleh menyembuhkan kembung perut,buang angin gatal gatal kulit,menghentikan darah) dan dikisar sampai hancor dimasak atau direbus dengan air zikir dan doa doa dan akhir sekali dimasak dengan minyak kelapa dan kemudian minyak tersebut hendaklah di sapu setiap hari.tapi di sebabkan keadaan haji Panjang Kamaruddin tidak mengizinkan untuk masuk kehutan mencari bahan tersebut dan telah ditakdirkan oleh Allah bahawa dia tidak mempunyai anak maka disuruhnya anak saudara beliau Haji Khalid Uda Ismail membantunya dalam mencari dan membuat adunan daun seperti yang dimimpikan olehnya.
Dengan kuasa dan izin Allah maka pada permulaan jari kaki dapat digerak gerakkan,kemudian beransur kepada kaki dapat diangkat,tangan dan kemudiannya dapat bergerak seperti sedia kala.Maka itulah kekuasaan Allah.Dengan selalu bermunajat dan menyerahkan diri 100% kepada Allah meninggalkan segala larangan dan buat segala yang disuruh oleh Allah maka setiap permintaan Insyallah akan termakbul.maka "Minyak Afiat" ini adalah pemberian daripada Allah yang maha Esa.setelah sembuh sepenohnya maka Haji Panjang Kamaruddin menyerahkan segala formula kepada anak saudaranya haji Khalid untuk dikomersilkan secara kecil kecilan dengan niat mecari rezeki dan menolong sesama manusia.
Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 2 pada masa itu Minyak Afiat diisi didalam botol mula dijual maka bermulalah episod baru Minyak Afiat dalam kancah meniaga kecil kecilan dikaki kaki lima, dipasar minggu,dipasar malam dan sebagainya sambil memetik Gambus menyayikan lagu lagu seperti "Pak Ngah balik".
Ada satu ketika semasa menjual minyak tersebut di pekan sehari ada pembeli kurang yakin terhadap minyak tersebut dan meminta Haji Khalid membuat demontrasi.Hendak dijadikan cerite lalu lah seekor ayam dihadapan beliau dan dengan tidak semene mene Haji khalid menangkap ayam tersebut dan telah mematahkan kaki ayam tersebut.maka Haji Khalid melumorkan Minyak Afiat ke atas kaki ayam tersebut dan di balut dengan kain dan dua batang kayu sebagai penyokong.Ayam tersebut diletakan didalam sangkar sebuah kedai berdekatan.Haji Khalid dengan nada yakin dan berkata Insyallah dia akan datang pada minggu depan dan dengan izin Allah kita sama sama akan saksikan kaki ayam tersebut akan normal seperti sedia kala.seperti yang dijanjikan pada minggu hadapan Haji Khalid mengambil ayam tersebut dan menaggalkan balutan kaki dan dilepaskan ayam tersebut.Dengan Izin Allah ayam tersebut berjalan seperti sedia kala.
bermula daripada kejadia tersebut Minyak Afiat telah mendapat kepercayaan dan sambutan daripada penduduk kampung.penjualan Minyak Afiat meningkat daripada masa kesemasa.daripada botol tidak berlebal dibubuhnya lebal kertas bertulisan tangan.daripada jalan kaki naik bas turun bas sudah mampu membeli van vosklwegen.perniagaan produk Minyak Afiat ini telah memperluaskan jajahannya ke pantai timur.dengan bantuan dua anak lelaki Haji khalid iaitu Mohd Amin dan Ahmad Zakaria maka mempermudahkan lagi proses penghantaran Minyak Afiat.Dengan rezeki Allah sambutan menggalakkan lebih hebat di negeri negeri pantai timur dan menjadi lubuk emas kepada Minyak Afiat terutama di kampung kampung nelayan
Minyak Afiat mengalami satu lagi revolusi baru apabila diberikan nafas baru setelah diberikan lebal pada bahagian botol dan ditambah perlindungan plastik pada bahagia luar lebal.
Daripada Syarikatperusahaan Minyak Afiat telah menukarkan pendaftaran syarikat kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn.Bhd pada tahun 1986.pada tahun 1986 juga Haji Khalid megambil langkah drastik dengan membeli sebuah bangunan sekolah swasta lama di mukim Kota Lama Kiri Kuala Kangsar , Perak.sebelum adanya kilang, operasi membuat Minyak Afiat dilakukan di Tambun dan di belakang rumah Haji Khalid.Diatas permintaan ke atas Minyak Afiat semakin meningkat dan untuk menampong permintaan pengguna maka pada tahun 1986 juga Haji Khalid megambil langkah drastik dengan membeli sebuah bangunan sekolah swasta lama di mungkim Kota Lama Kiri dan telah membuat pengubahsuaian untuk menjadikan ianya sebuah kilang.
pada tahun 1986 kilang Minyak Afiat cara pembuatan minyak afiat seperti cara pengisian ,melebal masih dilakukan secara manual.Bagi mematuhi peraturan perundangan,Syarikat Minyak Afiat Sdn.Bhd telah melakukan pengubahsuaian kilang mengikut skop kilang bertaraf GMP( Amalan Pengilangan Baik @ Good Manufacturing Practice) dimana ianya telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1998 dan Syarikat Minyak Afiat merupakan antara kilang yang terawal mendapat pengiktirafan tersebut.